Khamis, 12 September 2019

Berbaik sangka

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

                           *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

  *اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

┏🌹🌹🌹━━━━━━━━━━━━┓
      *ﺍﻟﻠّٰﻪﷻ T A Z K I R A H   H A T I مُحَمَّدٍﷺ*
┗━━━━━━━━━━━━🌺🌺🌺┛

●  Beramal lah dengan apa yang ditetapkan oleh pemberi rezeki sendiri, Allah dan rasulnya.

●  Empat perkara saya cuba kongsikan harini dengan ringkas.

1. JAGA SOLAT :

●  Jaga solat sendiri, dan ajak ahli keluarga dan seluruh ummat untuk jaga solat.

2. BERSABAR :

●  Bersabar dan juga mengajak ahli keluarga dan seluruh ummat untuk bersabar.

●  Kadangkala, Bila orang lain tidak boleh sabar, kita marah mereka kerana tidak sabar, sedangkan kita marah kerana kita sendiri tidak ada kesabaran. (Muhasabah).

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

●  Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. {20:132}.

3. JAGA SILATURAHIM :

●  Jangan kita yang putuskan silaturrahim atas apa sahaja sebab, dan jika terputus kerana kesilapan kita atau orang lain, kita yang usaha untuk eratkan.

●  Sabda Rasulullah SAW :

مَن أحبَّ أن يُبسط له في رزقه، ويُنسأ له في أثره، فليَصل رحِمه.

●  Mafhum : siapa yang mahu Allah luaskan rezekinya dan panjangkan umurnya, maka hendaklah dia eratkan silaturrahim.

4. Sentiasa bersuci.

●  Bersuci dengan wudhu, (sentiasa berwudhu)  dan bersuci daripada segala dosa dengan bertaubat. (Wudhu dan Istighfar).

●  Sabda Rasulullah SAW :

قال صلى الله عليه وسلم: أدم على الطهارة يوسع الله عليك في الرزق.

●  Sentiasalah bersuci, Allah akan luaskan rezeki kamu.

*_Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah SWT Disamping Orang-Orang Yang Kita Sayang_*

1 ulasan: