Rabu, 13 November 2019

Majlis Sanjungan Budi 2019

بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Pn.Aizah Hj Ag Arshad yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.













Majlis Sanjungan Budi Ustazah Datin Aizah Hj AG Arshad










بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Pn.Aizah Hj Ag Arshad yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

Khamis, 12 September 2019

Majlis Sanjungan Budi

بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Pn.Ruhaini Hj Talikon yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

Berbaik sangka

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

                           *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

  *اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

┏🌹🌹🌹━━━━━━━━━━━━┓
      *ﺍﻟﻠّٰﻪﷻ T A Z K I R A H   H A T I مُحَمَّدٍﷺ*
┗━━━━━━━━━━━━🌺🌺🌺┛

●  Beramal lah dengan apa yang ditetapkan oleh pemberi rezeki sendiri, Allah dan rasulnya.

●  Empat perkara saya cuba kongsikan harini dengan ringkas.

1. JAGA SOLAT :

●  Jaga solat sendiri, dan ajak ahli keluarga dan seluruh ummat untuk jaga solat.

2. BERSABAR :

●  Bersabar dan juga mengajak ahli keluarga dan seluruh ummat untuk bersabar.

●  Kadangkala, Bila orang lain tidak boleh sabar, kita marah mereka kerana tidak sabar, sedangkan kita marah kerana kita sendiri tidak ada kesabaran. (Muhasabah).

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

●  Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. {20:132}.

3. JAGA SILATURAHIM :

●  Jangan kita yang putuskan silaturrahim atas apa sahaja sebab, dan jika terputus kerana kesilapan kita atau orang lain, kita yang usaha untuk eratkan.

●  Sabda Rasulullah SAW :

مَن أحبَّ أن يُبسط له في رزقه، ويُنسأ له في أثره، فليَصل رحِمه.

●  Mafhum : siapa yang mahu Allah luaskan rezekinya dan panjangkan umurnya, maka hendaklah dia eratkan silaturrahim.

4. Sentiasa bersuci.

●  Bersuci dengan wudhu, (sentiasa berwudhu)  dan bersuci daripada segala dosa dengan bertaubat. (Wudhu dan Istighfar).

●  Sabda Rasulullah SAW :

قال صلى الله عليه وسلم: أدم على الطهارة يوسع الله عليك في الرزق.

●  Sentiasalah bersuci, Allah akan luaskan rezeki kamu.

*_Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah SWT Disamping Orang-Orang Yang Kita Sayang_*

Daurah Kitab


*BETAPA INDAH FAIDAH DARI MENGIKUTI BIMBINGAN RASULULLAH DALAM MEMILIH BELAHAN JIWA*

🌹

🎙Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:

“...wanita yang _dayyinah_ (taat beragama) dan terlebih lagi jika memiliki ilmu, ia –si laki-laki- akan menikahinya karena hal tersebut; karena ia suka untuk menikahi seorang wanita yang menolongnya menaati Allah. Dan wanita yang _dayyinah_ akan membantunya di atas ketaatan pada Allah. Dan si wanita akan menegakkan hak suaminya dengan bentuk yang paling sempurna. Dan  ia akan mengurusi keperluan-keperluannya.

💡BAHKAN sebagian wanita yang taat beragama, apabila memandang suaminya ingin menikahi wanita lain, dialah yang berangkat melamar untuk suaminya.

🔥AKAN TETAPI seandainya wanita itu tidak taat beragama, ia hanya bermimpi di malam hari bahwa kamu akan menikah, maka mungkin ia akan menegakkan seluruh dunia atasmu (yaitu marah besar). Sebagaimana realita yang ada kecuali apa yang Allah kehendaki.

💡Namun saya berbicara tentang sebagian wanita yang taat bahwa merekalah yang melamar untuk suami-suaminya.

👉🏻Sebab wanita yang memiliki diin (yang kuat),kamu sama sekali tidak akan dikhianati olehnya. Apabila kamu sedang tidak ada, dia menjaga(kehormatannya untuk)mu. Apabila kamu menyebutkan suatu rahasia kepadanya dia tidak akan berkhianat membuka rahasiamu, tidak pula pada hartamu, anakmu, dan keluargamu.

✍🏻 Oleh karenanya beliau bersabda:

 _”Cengkeramlah dzaatud diin/ wanita yang memiliki diin yang kuat”_.

Yaitu: “Jadikanlah ia seperti posisi harta _ghanimah_ yang dipegangi kuat oleh penemunya.”

▪️“Dzaatud diin” yaitu wanita pemilik agama (yang kuat).

☝🏻Dan PERCAYALAH bahwa jika kamu melazimi wasiat ini dari makhluk yang paling menasihati untukmu maka SUNGGUH bisa jadi wanita yang taat beragama ini walaupun sedikit kecantikannya, akan berbalik di pandanganmu sebagai *wanita yang tercantik*!

🔬 *Dan cermatilah, bahwa kecantikan itu bukan segalanya!*

🌹Terkadang seorang wanita itu cantik namun Allah jadikan di mata suaminya tidak cantik.🔥

👉🏻Kamu dapati manusia memperbincangkan kecantikannya namun ia tidak cantik di sisi suaminya (karena ada hal-hal tertentu dari si wanita yang diketahui suaminya dan tidak diketahui orang lain).

Sebab hati-hati manusia itu di tangan Allah ‘azza wa jalla, *_sehingga_* jika kamu mengambil wasiat ini niscaya akibatnya -tidak diragukan- akan baik.
👉🏻Karena kamu seperti sedang bermusyawarah dengan Rasul –‘alaihish shalatu wassalam- lalu beliau mengisyaratkan kepadamu untuk menikah dengan wanita yang taat dalam agamanya.”

📖 *Fat-hu Dzil Jalaali wal Ikraam bi Syarhi Buluughil Maraam, Al-‘Utsaimin, 11/ 33 – 34.*

-----------√•••••

✍🏻 Demikian pula faidah bagi wanita yang memilih laki-laki yang shalihah: akan terpenuhi hak-haknya dan melihat suaminya adalah yang paling indah dipandang.

👍🏻🌹 https://t.me/maximal4

📠 Dikutip dari channel Minhaajussalaf || Mengamalkan Islam Di Atas Manhaj Salaf

⚠🌺💥✅ APA YANG DILAKUKAN JIKA ISTRI MENGANCAM MINTA CERAI JIKA SUAMI MENIKAH LAGI



✍🏼 Asy-Syaikh Muqbil bin Hady rahimahullah

📪 Pertanyaan: Sebagian ikhwah ingin menikah lagi, tetapi istri pertamanya keberatan dan berdalih dengan firman Allah Azza wa Jalla:

لَا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا.

“Allah tidak membebani seorang jiwa kecuali sesuai dengan kemampuannya.” (QS. Al-Baqarah: 286)

Menurutnya madunya itu adalah sesuatu yang tidak mampu dia hadapi dan dia mengatakan kepada suaminya: “Jika engkau ingin menikah lagi maka cerailah diriku lebih dahulu!”

🔓 Jawaban: Yang lebih utama bagi sang istri adalah dengan bersabar sampai jika dia tidak melihat sikap adil dari suaminya maka tidak mengapa dia meminta cerai.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

فَانْكِحُوْا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ.

“Maka nikahilah wanita yang kalian sukai sebanyak dua, tiga dan empat.” (QS. An-Nisa’: 3)

Dan Nabi shallallahu alaihi wa sallam sendiri menikah dengan 9 istri, sedangkan kita tidak boleh menikahi lebih dari 4 istri. Jadi yang dituntut dari sang suami adalah bersikap adil. Jika sang istri tersebut shalihah dan sang suami ingin bersabar bersamanya maka ini adalah perkara yang tidak masalah. Namun jika dia bukan istri yang shalihah maka tidak mengapa mencerainya atau menikah dengan wanita lain yang shalihah. Namun harus diketahui bahwa tidak boleh bagi sang istri untuk meyakini bahwa hal itu haram, yaitu suaminya tidak boleh menikah lagi. Adapun jika dia tidak mampu bersabar, maka kami nasehatkan agar dia bersabar sampai dia melihat suaminya bersikap zhalim dan tidak berbuat adil. Kalau tidak demikian, jika sampai dia menganggapnya sebagai sesuatu yang haram maka anggapan ini termasuk kekafiran.

Nabi shallallahu alaihi wa sallam pernah mengatakan kepada Ali bin Abi Thalib ketika dia ingin menikah dengan anak perempuan Abu Jahal:

ﺇِﻥَّ عَلِيًّا أَﺭَﺍﺩَ ﺃَﻥْ ﻳَﺘَﺰَﻭَّﺝَ ﻋَﻠَﻰ ﻓَﺎﻃِﻤَﺔَ ﺑِﺎﺑْﻨَﺔِ ﺃَﺑِﻲْ ﺟَﻬْﻞٍ وَاللهِ لاَ تَجْتَمِعُ بِنْتُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِنْتُ عَدُوِّ الله، ﻓَﺈِﺫَﺍ ﺃَﺭَﺍﺩَ عَلِيٌّ ﺃَﻥْ ﻳَﺘَﺰَﻭَّﺝَ ﺑﺎﻧﺒﺔ ﺃَﺑِﻲْ ﺟَﻬْﻞٍ ﻓَﻠْﻴُﻔَﺎﺭِﻕْ ﺍﺑْﻨَﺘِﻲْ.

“Sesungguhnya Ali ingin memadu Fathimah dengan anak perempuan Abu Jahl, demi Allah, tidak akan berkumpul putri Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dengan anak musuh Allah, jika Ali tetap ingin menikah dengan anak Abu Jahl maka hendaknya dia terlebih dahulu mencerai putriku.”  [1]

Atau yang semakna.

Yang jelas istrinya tersebut tidak boleh meyakini bahwa hal itu sesuatu yang haram.

📚Sumber artikel || http://www.muqbel.net/fatwa.php?fatwa_id=2757

Keterangan:

[1] Lihat: Shahih Al-Bukhary no. 3110 dan 3729 dan Shahih Muslim no. 2449. (pent)


Qiamullail Perdana


💌 *UNDANGAN MAJLIS WALIMATUL URUS* 💌





 ‎ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

‎۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. [Ar-Rum: 21]

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Dengan penuh rasa kesyukuran dan rendah hati ke hadrat Allah SWT, kami berbesar hati menjemput Dato/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik dan Sahabat yang dikasihi seisi keluarga ke majlis perkahwinan kami:

         *Nuurfirdausah Aibe*
                           &
          *Mohd Afiq Hasan*

📆 Tarikh : *21 September 2019*
📌 Hari : *Sabtu*
🕰 Waktu : *10:00a.m - 03:00p.m*
🏡 Tempat : *Dewan Saa'dah, Wisma Muis, Kota Kinabalu*

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Semoga dengan kehadiran kalian akan membawa keberkatan dan menambahkan keserian majlis kami.

Mohon doakan agar Baitul Muslim yang dibina ini mendapat keredhaan Allah SWT dan dilimpahi sakinah mawaddah dan rahmah serta berbahagia hingga ke syurga.

💞 جزاكم الله خير الجزاء. وسيروا على بركات الله  💞

Terima kasih.😊

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR


JIKA hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Qur’an). Dia percaya kepada syurga dan neraka.

Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan. Hendak diukur dari segi ibadah, ya, ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu, syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu, siapakah kita yang angkuh menidakkan dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina seperti terhinanya iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka kerana gugur sifat kehambaannya!

TAKDIR DATANG MENGUJI KITA

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketuaku orang semacam dia? Kenapa anakku cacat? Mengapa isteri tersayangku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha?

Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan, ya Allah sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

TAKDIR SENTIASA MENGATASI TADBIR

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali (seringkali) takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelma (datang). Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bung-an ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari.

TAKDIR DARI ALLAH MEMPUNYAI BANYAK HIKMAH

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa (tidak menentu, resah) dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang (terpisah) daripada segala bentuk takdir-Nya, samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

BAGAIMANA MERINGANKAN BEBAN HATI?

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan (tanamkan) di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan, itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Stevens [Yusuf (Islam)] yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

UJIAN AKAN MENAMBAH TUMPUAN DAN PENGHARAPAN PADA ALLAH

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan pengharapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira (syukur) dengan pilihan Allah. Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia. Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka. Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

“… Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” [Surah Al Baqarah : 216]

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit (tersimpan) nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahiriah. Dan kedua, nikmat batiniah (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

UJIAN MENGHAPUSKAN DOSA

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab pada asbab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

- *Kitab Al-Hikam*

YAKINLAH...POLIGAMI MERUPAKAN SEBAB DATANGNYA REZEKI❗

[••🍯💍💰••]

📢  Berkata asy-Syaikh al-Muhaddits al-Albani rahimahullah :

🌸 Pernikahan adalah sebab datangnya kekayaan dan bukanlah penyebab kemiskinan...❗

Allah berfirman,

ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُوْلُوْا...

📜 Artinya : supaya kalian tidak menjadi miskin.

🛍 Orang-orang mengatakan,[•••"Tamu datang dengan membawa rezeki."•••]

💐 Maka begitu pula kita katakan,(..."Istri kedua datang dengan membawa rezekinya"...)

👋🏼 Lantas kenapa orang-orang takut untuk melakukan pernikahan yang kedua❓...

☝ Jika mereka takut MISKIN, maka ayat di atas adalah bantahan terhadap mereka❗
Dan ayat yang semakna dengan ini adalah firman Allah ta'ala yang artinya :

•••"Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang kekurangan lalu Dia memberikan kecukupan."•••
[QS. adh-Dhuha : 8]

💾  Kaset Silsilah al-Huda wan Nur nomor 536

•••┈••••○❁🌹❁○••••┈•••

 🍯 التعدد في الزواج سبب لجلب الرزق


فالزواج هو سبب للثروة وليس سببا للفقر.
{ذلك أدنى ألا تعولوا}

يعني : لا تصبحوا فقراء . والناس يقولون
" الضيف يأتي مع رزقه " . ونقول كذلك
" المرأة الثانية تأتي مع رزقها " . فلماذا يخاف الناس من زواج الثانية ؟

يخافون أن يقعوا في الفقر
والآية رد عليهم ومثله كما قال تعالى
{ووجدك عائلا فأغنى} .

💾 شريط "سلسلة الهدى والنور" (رقم" 536").

•••┈••••○❁🌹❁○••••┈•••


Sempurnakan Wudhu serta Solat Sunat Wudhu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

❤️❤️❤️❤️❤️💚💚💚💚💚
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
💚💚💚💚💚❤️❤️❤️❤️❤️
صباح الخير
               

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Abu Daud

Kitab Solat

Bab : Sempurnakan Wudhu serta Solat Sunat Wudhu

Halaman : 770

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ عَمْرٍو حَدَّثَنَا هِشَامٌ يَعْنِي ابْنَ سَعْدٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يَسْهُو فِيهِمَا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Hanbal telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin 'Amru telah menceritakan kepada kami Hisyam yaitu Ibnu Sa'd dari Zaid bin Aslam dari 'Atha` bin Yasar dari Zaid bin Khalid Al Juhani bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian solat dua raka'at (sunat Wudhu) tidak berbuat perkara melalaikan, diampunkan Dosa dosanya yang lalu.

"Tahukah kita, anak meniru"..


Interaksi kena jaga..
Kalau mak ayah jenis menjerit-jerit..

Anak pun terikut jerit-jerit juga..

Kalau suami jenis cakap suka rendah-rendahkan isteri..

Isteri terikut untuk rendah-rendahkan anak pula..

Kalau isteri jenis buat muka pada suami..
Suami pula akan lepas marah pada anak..

Bukan asyik betulkan interaksi anak je,
Cara cakap suami dan isteri,

Ibu dan anak...

Ayah dan anak..

Jangan ada panggilan negatif,
Jangan ada maki, mencarut,
Jangan bernada benci,
Jangan sering intonasi tinggi..

Kita cuba ya 'qawlan sadida'..

Keluarga bahagia
Happy kids
Happy wife
Loving husband and wife..

Semua bermula dengan perkara mudah= qawlan sadida... 'interaksi' yang BAIK..

Sekecil-kecil perkara, bawa IMPAK yang BESAR! 💪

Notakaki:buku kanak-kanak tulisan saya boleh dapat di www.auladreadplay.com (tengah SALE sekarang😍)

#BermulaDiRumah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Muharram 1441H☆



وَكَانَ فَضْلُ اللَّـهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا

"...Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepadamu amatlah besar" [Surah al-Nisa’ 113]

#Terdapat pelbagai kurniaan Allah kepada kita hambaNya yang terlalu besar dan istimewa. Antara kurniaan terbesar tatkala iman kita dipelihara oleh Allah daripada disesatkan oleh musuh-musuh Allah dan kita kekal di atas jalan Islam dan taqwa selama-lamanya. Kemudian dikurniakan syurga di akhirat kelak sebagai ganjaran keimanan dan amal soleh yang kita usahakan.

مَن عَمِلَ صَـٰلِحࣰا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَلَنُحۡیِیَنَّهُۥ حَیَوٰةࣰ طَیِّبَةࣰۖ وَلَنَجۡزِیَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan" [Surah an-Nahl 97]

#Iman dan taqwa adalah kurniaan agung yang perlu dipelihara sebaiknya demi menjana kebahagiaan dan kejayaan hakiki di alam barzakh serta di akhirat kelak.

#Imam Ibnu Jauzi telah menyebut dalam kitab Bustan al-Wa’izin bahawa roh orang yang beriman itu saling bertemu dan berinteraksi dengan penuh kedamaian dan ketenangan ketika mana berada di alam barzakh. Ini berdasarkan sabda Nabi saw:

إِذا عرج بِروح الْمُؤمن تَلَقَّتْهُ أَرْوَاح الْمُؤمنِينَ بِالرَّحْمَةِ والبشرى كَمَا يتلَقَّى الْغَائِب فِي الدُّنْيَا ثمَّ يقبلُونَ عَلَيْهِ فيسألونه فَيَقُولُونَ مَا فعل فلَان وَمَا حَاله

"Apabila diangkat ruh orang yang beriman, nescaya ia bertemu dengan ruh-ruh orang beriman dengan rahmat dan berita gembira sebagaimana bertemu orang yang asing dengan keluarganya di dunia. Kemudian, mereka menyambutnya dan bertanya kepadanya, dengan berkata: "Apa yang dilakukan oleh si fulan dan apa yang berlaku kepadanya" (HR an-Nasaie)

#Hadis ini menyebut tentang salah satu kurniaan Allah kepada orang yang mati dalam keadaan benar-benar beriman dan bertaqwa.

#Kurniaan teristimewa ini juga akan dinikmati di hari akhirat kelak oleh orang yang beriman dan bertaqwa. Daripada  Sayidina Ka’ab bin Malik r.a bahawa Nabi saw bersabda:

إِنَّمَا نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ فِي شَجَرِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى جَسَدِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Sesungguhnya roh orang mukmin berterbangan di pohon Syurga sehingga Allah membangkitkannya ke dalam jasadnya pada hari Kiamat”. [HR an-Nasa’ie)

♡Nikmat Iman dan Islam di antara nikmat kurniaan Allah yang paling bernilai tinggi dan paling teristimewa. Oleh itu, peliharalah sebaik mungkin agar kekal suci daripada kotoran dosa dan kesyirikan. Semoga Allah memelihara kita daripada kesesatan. Aamiiin♡

Anak kecil yang meninggalkan dunia

Seringkali ditanya bagaimana kedudukan anak² kecil yang meninggal dunia, Rasulullah ﷺ menggambarkan mereka dalam 2️⃣ kelompok:-
.
(1) Bagi arwah anak² orang yang tidak beriman, mereka akan menjadi pelayan² di dalam syurga dan hidup bebas di dalamnya tanpa mempedulikan ibu & bapa mereka.

(2) Kelompok anak² orang yang soleh, termasuk yang keguguran, akan ditempatkan di dalam syurga Allah di gunung yang indah.
.
Di gunung itu terdapat pokok² thuba dan anak² ini dijaga oleh Nabi Ibrahim AS dan Sarah AS. Mereka sentiasa berada dalam kekenyangan dan tidak pernah berasa haus, malah sentiasa berdoa kepada Allah agar dapat berpimpinan tangan dengan kedua ibu bapa kerana tidak berkesempatan melakukannya di dunia dahulu.
.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya:

"Di syurga terdapat sepohon pokok iaitu pohon thuba yang semuanya dapat menikmati susunya termasuklah bayi² yang meninggal dunia yang masih menyusu dan pengasuh mereka ialah Nabi Ibrahim Khalilullah.
.
Bagi anak² kecil yang tidak lagi menyusu, akan ditempatkan di dalam perut burung² berwarna hijau dan berterbangan di dalam syurga."
.
Apabila tibanya waktu semua orang mula ditempatkan di dalam syurga & neraka, anak² kecil tadi belum masuk ke syurga & apabila diminta oleh malaikat untuk berbuat demikian, mereka menjawab:
.
“Kami tidak akan masuk selagi tidak bertemu dengan arwah ibu & bapa kami, kami ingin masuk ke syurga bersama mereka."

Apabila malaikat memberitahu anak² itu bahawa ibu bapa mereka berada di neraka, mereka terus menangis:

“Jika di dunia kami tidak sempat bersama² ibu & bapa kami, kenapa di akhirat juga kami tidak boleh bersama mereka? Izinkan kami memberi syafaat kepada ibu dan ayah kami, untuk kami masuk ke dalam syurga Allah.”
.
Mereka berterusan menangis sehingga turunnya rahmat Allah, dan kemudian memerintahkan malaikat supaya mengambil ibu bapa kepada anak² ini yang sedang berada di dalam neraka, dengan syafaat yang diberikan oleh-Nya, lalu dibawa masuk ibu bapa bersama-sama anak² mereka ke dalam syurga.
.
Lalu setelah ibu bapa anak² ini dikeluarkan daripada neraka, mereka akan memegang tangan ibu bapa mereka dan bergayutan dengan penuh kegirangan menuju ke syurga Allah SWT.
.
Semoga semua mereka yang pernah & sedang melalui dugaan berat ini beroleh SYAFAAT, hasil sikap sabar ketika melaluinya di dunia.

اناللہ وانا الیہ راجعون

اللهم اجعله فرطا لابويه، وسلفا وذخرا وعظة واعتبارا وشفيعا، وثقل به موازينهما، وأفرغ الصبر على قلوبهما، ولا تفتنهما بعده، ولا تحرمهما أجره.....آمين
________________
Petikan artikel "Saat Bersendirian di Barzakh" oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
http://ikimfm.my/saat-bersendirian-di-barzakh/

Rabu, 11 September 2019

Nota taat seorang isteri yang sedang berjuang



Fuhhhh... 💪💪💪
==================

Beginilah.. saya beri contoh...

Saya balik kerja .. jam 8  malam...
saya drive 300km pergi dan balik kerja..

Sampai rumah.. saya perlu masak.. basuh baju.. kemas rumah macam dalam majalah impiana.. sambil melayan karenah anak yg macam-macam sebab sepanjang hari tak jumpa ibunya..

Kemudian.. selepas hidangan siap.. makan.. dan kemas.. saya siapkan anak untuk tidur...

Baru baring 5 minit.. Tiba-tiba.. suami minta buatkan air panas..

Dia minta dengan nada suara yang biasa-biasa je

Tiba-tiba ... sebab kita ni dah penat maka lajulah mulut kita cakap

"abg.. saya ni penatlah... abg buat sendiri air tu.. boleh tak!!

Suami cakap lagi..
" alaaaa... tolonggglah".. lembut je dia cakap..

Kita pun.. buat bodo ..malas layan ..tertido...

Atau.. terus ke dapo.. buat air.. mulut  membebel... samada dalam hati.. atau di bibir...

So.. dalam situasi ini...

Pada saya... memanglah suami itu tak salah... dia hanya meminta segelas air je pun... apalah sangat nak banding segelas air tu.. dengan usaha kita..

Dengan segelas air itu.. dapat menyejukkan dan menenangkan hati suami...

Tetapi... lihat saja perasaan isteri.. yang penuh emosi..

Taat suami ini.. sangat sukar.. itu baru dalam bab segelas air... cuba bayangkan.. suami minta macam-macam lagi.. yang Kadang-kadang diluar kemampuan kita...

Taat perintah suami.. selagi tak langgar syariat... woooo ini bukan mudah tuan puan...

Suami ajak teman dia ngeteh malam-malam waktu badan dah kepenatan... plus perut dah kenyang... plus suami tak suka muka isteri yang masam...

Untuk jadi isteri yang tenang dan menyenangkan suami. Yang taat perintah suami..

Adalah perjuangan yang sangat panjang.

Tu belum bab.. suami balik bagitau...

"Yang2.. abg kenal perempuan ni.. nama dia ira.. dia baik..

Dan suami mintak isteri dia buat muka bajet manisssss...

Tuan puan rasa macam mana??

:: susah giler isteri nak taat kan!
:: siapa setuju 🙋‍♀️🙋‍♂️

AL-HAKIM ( ALLAH MAHA BIJAKSANA )

DEFINISI AL- HAKIM


§  Maksud Allah yang bersifat al-Hakim ialah Allah s.w.t. Maha bijaksana.
§  Kebijaksanaan Allah teserlah pada  segala ciptan-Nya yang beraneka rupa di alam semesta ini. 


TANDA / BUKTI ALLAH BERSIFAT AL-HAKIM ( Maha Bijaksana):


1.      Cap Jari manusia :

·         -Berbeza antara satu sama lain
·         -Tidak berubah/ kekal sepanjang hayat


2.      Pohon Hijau

·         -Daun hijau menjalankan proses fotosintesis dengan  menyerap air, cahaya matahari dan gas karbon dioksida & kemudian ia membebaskan gas oksigen yang digunakan oleh manusia untuk bernafas.

3.      Penciptaan Laut & Sungai


·         -Allah Mencipta air laut masin, pahit & air sungai tawar
·       -  Walaupun kedua air ini bertemu, air sungai tetap tawar, tidak dipengaruhi oleh kemasinan air laut.
·         -Antara laut & sungai, terdapat sempadan / pemisah yang menyekat percampuran kedua air ini .


KESAN BERIMAN DENGAN ALLAH YANG BERSIFAT AL-HAKIM


1. Bijak membahagi masa & menggunakannya untuk perkara berfaedah
2.   Mengurus kerja mengikut keutamaan
3.   Menghargai setiap ciptaan & kurniaan Allah
4. Menggunakan nikmat untuk mencari keredaan Allah


AMALAN YANG BERCANGGAH DENGAN KONSEP "AL-HAKIM "


§  Menyalahgunakan nikmat akal untuk melakukan kejahatan & maksiat
§  Memandang rendah orang yang berilmu pengetahuan
§  Malas berfikir & tidak berusaha membuat perubahan kearah kebajikan & kemajuan
§  Suka berkhayal & berangan-angan

AL-'ALIM: (ALLAH MAHA MENGETAHUI)


MAKSUD ALLAH BERSIFAT AL-'ALIM

Al-'alim bermaksud Allah Maha Mengetahui.

Allah mengetahui segala-galanya tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada ilmu Allah. Allah mengetahui secara terperinci setiap ciptaanNya seperti Allah mengetahui ikan ikan yang berenang di dasar lautan  luas, binatang di hutan tebal dan logam yang tertanam di perut bumi.
Allah juga mengetahui semua aktiviti manusia. Setiap tutur kata dan perkara yang terlintas di hati diketahui oleh Allah.

PERBEZAAN ILMU ALLAH DAN ILMU MANUSIA

Ilmu Allah

Ilmu Allah meliputi semua perkara, tidak ada sesuatu perkara yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah.
Ilmu Allah mutlak dan tidak bergantung kepada masa. Allah mengetahui sejarah perkembangan kehidupan manusia di alam ini sama ada yang sedang berlaku atau akan berlaku.

Ilmu Allah tidak memerlukan kajian kerana

Allah mencipta segala-galanya.

Allah mengetahui perkara ghaib, malah tidak ada sesuatu yang ghaib bagi Allah

Ilmu Manusia

Ilmu manusia amat terbatas. Seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang tidak pakar dalam bidang yang lain. Contohnya seseorang yang pakar dalam bidang kejuruteraan tetapi dia tidak pakar dalam bidang perubatan.

Kepakaran manusia bermula dengan kejahilan. Setelah belajar dan membuat kajian bertahun-tahun barulah dia mendapat sedikit kepakaran dalam sesuatu yang dikajinya.

Pengetahuan manusia bergantung kepada sejauh mana kebolehannya mendapat maklumat. Manusia boleh mengkaji bulan dengan teleskop, menyelam ke dasar lautan untuk menggali petroleum dan mengesan virus yang membiak menggunakan mikroskop.

Ilmu manusia tidak dapat menjangkau ke alam ghaib seperti alam barzakh dan akhirat.

KESAN BERIMAN DENGAN AL-ALIM

Seseorang itu akan menjadi jujur dan sentiasa berasa diperhatikan oleh Allah.

Takut untuk melakukan dosa.

Sentiasa melakuka kebaikan walaupun kebaikan itu kecil.

Orang yang berilmu akan sentiasa merendah diri.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 137:

وهو السميع العليم
Maksudnya: Dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

AMALAN YANG BERTENTANGAN DENGAN SIFAT AL-ALIM

Belajar secara sambil lewa.
Bersikap takbur dan sombong apabila memiliki ilmu.
Tidak jujur dalam melakukan kebaikan.
Memandang ringan terhdap dosa dan kemungkaran.
Tidak suka memberi sumbangan ilmu dan kemahiran untuk orang lain.

*PAHALA SEDEKAH SETIAP HARI*

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد


عَنْ بُرَيْدَةَ الْأَسْلَمِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا كَانَ لَهُ بِكُلِّ يَوْمٍ صَدَقَةٌ وَمَنْ أَنْظَرَهُ بَعْدَ حِلِّهِ كَانَ لَهُ مِثْلُهُ فِي كُلِّ يَوْمٍ صَدَقَةٌ

Dari Buraidah Al Aslami dari Nabi ﷺ, baginda bersabda:

"Barangsiapa memberi kemudahan (dengan menangguhkan pembayarannya) kepada orang yang kesusahan, maka pada setiap harinya ia akan mendapatkan pahala sedekah. Dan barangsiapa memberikan kemudahan setelah sampai tempoh (untuk membayar), ia juga akan mendapatkan pahala sedekah pada setiap harinya."

HR : Ibnu Majah No: 2409

PENGAJARAN :

1. Muslim ialah mereka yang sentiasa memberikan keutamaan dan keselesaan kepada orang lain.

2. Orang yang memberi hutang, sewajarnya memberikan kelonggaran penangguhan pembayaran hutang kepada peminjam yang kesempitan.

3. Orang yang memberi kemudahan penangguhan bayaran hutang akan sentiasa mendapat pahala sedekah setiap hari sehingga orang yang berhutang membayarnya.

4. Orang yang berhutang sewajarnya berusaha menunaikan janji pembayaran mengikut masa yang ditetapkan.

وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين،
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين

والله أعلم بالصواب

*سموگ الله ممعافكن سموا دوسا كيت والاوڤون باپق،*
*سموگ الله منريما عمالن كيت والاوڤون سديكيت...*

Bab : Anggota Sujud

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

❤️❤️❤️❤️❤️💚💚💚💚💚
اللّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ
اللهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيْمَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
💚💚💚💚💚❤️❤️❤️❤️❤️
صباح الخير
               

اَللّٰهُمَّ اَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَّ ارْزُقْنَا اتِّبَاعَهٗ وَ اَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَّ ارْزُقْنَا اجْتِنَابَهٗ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Abu Daud

Kitab Solat

Halaman : 757

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا بَكْرٌ يَعْنِي ابْنَ مُضَرَ عَنْ ابْنِ الْهَادِي عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ
أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَجَدَ الْعَبْدُ سَجَدَ مَعَهُ سَبْعَةُ آرَابٍ وَجْهُهُ وَكَفَّاهُ وَرُكْبَتَاهُ وَقَدَمَاهُ


telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Bakr yaitu Ibnu Mudlar dari Ibnu Al Hadi dari Muhammad bin Ibrahim dari 'Amir bin Sa'd dari Abbas bin Abdul Mutthalib bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila seorang hamba melakukan sujud, hendaknya ia sujud bersama tujuh anggota badannya, iaitu; keningnya (wajahnya), kedua telapak tangannya, kedua lututnya dan kedua kakinya.

SelfReminder

#😭

Alkisah seekor rusa betina sedang sarat bunting.
Ketika hampir detik-detik untuk melahirkan, rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di pinggir hutan yang berdekatan dengan sungai.

Tiba-tiba sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !

Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.

Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak seorang pemburu telah siap sedia untuk melesatkan anak panah ke arahnya.

Saat menoleh ke kanan, ia pun terkejut melihat seekor singa lapar yang sedia untuk menerkamnya.

Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :

1. Mati dimangsa singa.
2. Mati terkena panah.
3. Mati terbakar.
4. Atau mati tenggelam karena melompat ke sungai.

Yg jelas ...
Bahaya mengancam dari berbagai penjuru dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.

Lalu apa yang harus ia lakukan?
Bersedih dan merintih?
Menangis dan menjerit?
Atau ia harus berlari sementara kondisinya begitu lemah?
Atau menyerah pada keadaan?

Rusa pun pasrah. Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.

Lalu apa yang terjadi?

Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu. Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar. Singa malang itu terus mati di situ.

Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.

Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lagi kepada rusa tersebut.

Rusa pun melahirkan dengan selamat !

Sahabatku....

Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.

Masalah di tempat bekerja,
masalah di dalam rumah,
masalah di jalan,
masalah dengan anak-anak kita semuanya datang bersamaan.

Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..

Lalu apa yang harus dilakukan?
Jadilah seperti Rusa. Biarkan semuanya berjalan apa adanya.

Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !
Selebihnya serahkan kpada ALLAH

Karena Allah lah yang mengatur jalan kehidupanmu..

Saudaraku...
Sungguh TUHAN  menyayangi hamba-NYA melebihi kasih sayang ibu pada anak2nya.

DIA lah yang akan menyelesaikan semua masalahmu dan menyembuhkan luka-lukamu.

Jangan berkata, ya Tuhan, "aku memiliki masalah yang besar…"

Tapi katakan, Hei masalah, aku memiliki ALLAH Yang Maha Besar!

Tetap  dan teruskan istiqomah ke arah kebaikan.