Memaparkan catatan dengan label Aqidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aqidah. Papar semua catatan

Rabu, 11 September 2019

AL-HAKIM ( ALLAH MAHA BIJAKSANA )

DEFINISI AL- HAKIM


§  Maksud Allah yang bersifat al-Hakim ialah Allah s.w.t. Maha bijaksana.
§  Kebijaksanaan Allah teserlah pada  segala ciptan-Nya yang beraneka rupa di alam semesta ini. 


TANDA / BUKTI ALLAH BERSIFAT AL-HAKIM ( Maha Bijaksana):


1.      Cap Jari manusia :

·         -Berbeza antara satu sama lain
·         -Tidak berubah/ kekal sepanjang hayat


2.      Pohon Hijau

·         -Daun hijau menjalankan proses fotosintesis dengan  menyerap air, cahaya matahari dan gas karbon dioksida & kemudian ia membebaskan gas oksigen yang digunakan oleh manusia untuk bernafas.

3.      Penciptaan Laut & Sungai


·         -Allah Mencipta air laut masin, pahit & air sungai tawar
·       -  Walaupun kedua air ini bertemu, air sungai tetap tawar, tidak dipengaruhi oleh kemasinan air laut.
·         -Antara laut & sungai, terdapat sempadan / pemisah yang menyekat percampuran kedua air ini .


KESAN BERIMAN DENGAN ALLAH YANG BERSIFAT AL-HAKIM


1. Bijak membahagi masa & menggunakannya untuk perkara berfaedah
2.   Mengurus kerja mengikut keutamaan
3.   Menghargai setiap ciptaan & kurniaan Allah
4. Menggunakan nikmat untuk mencari keredaan Allah


AMALAN YANG BERCANGGAH DENGAN KONSEP "AL-HAKIM "


§  Menyalahgunakan nikmat akal untuk melakukan kejahatan & maksiat
§  Memandang rendah orang yang berilmu pengetahuan
§  Malas berfikir & tidak berusaha membuat perubahan kearah kebajikan & kemajuan
§  Suka berkhayal & berangan-angan

AL-'ALIM: (ALLAH MAHA MENGETAHUI)


MAKSUD ALLAH BERSIFAT AL-'ALIM

Al-'alim bermaksud Allah Maha Mengetahui.

Allah mengetahui segala-galanya tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada ilmu Allah. Allah mengetahui secara terperinci setiap ciptaanNya seperti Allah mengetahui ikan ikan yang berenang di dasar lautan  luas, binatang di hutan tebal dan logam yang tertanam di perut bumi.
Allah juga mengetahui semua aktiviti manusia. Setiap tutur kata dan perkara yang terlintas di hati diketahui oleh Allah.

PERBEZAAN ILMU ALLAH DAN ILMU MANUSIA

Ilmu Allah

Ilmu Allah meliputi semua perkara, tidak ada sesuatu perkara yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah.
Ilmu Allah mutlak dan tidak bergantung kepada masa. Allah mengetahui sejarah perkembangan kehidupan manusia di alam ini sama ada yang sedang berlaku atau akan berlaku.

Ilmu Allah tidak memerlukan kajian kerana

Allah mencipta segala-galanya.

Allah mengetahui perkara ghaib, malah tidak ada sesuatu yang ghaib bagi Allah

Ilmu Manusia

Ilmu manusia amat terbatas. Seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang tidak pakar dalam bidang yang lain. Contohnya seseorang yang pakar dalam bidang kejuruteraan tetapi dia tidak pakar dalam bidang perubatan.

Kepakaran manusia bermula dengan kejahilan. Setelah belajar dan membuat kajian bertahun-tahun barulah dia mendapat sedikit kepakaran dalam sesuatu yang dikajinya.

Pengetahuan manusia bergantung kepada sejauh mana kebolehannya mendapat maklumat. Manusia boleh mengkaji bulan dengan teleskop, menyelam ke dasar lautan untuk menggali petroleum dan mengesan virus yang membiak menggunakan mikroskop.

Ilmu manusia tidak dapat menjangkau ke alam ghaib seperti alam barzakh dan akhirat.

KESAN BERIMAN DENGAN AL-ALIM

Seseorang itu akan menjadi jujur dan sentiasa berasa diperhatikan oleh Allah.

Takut untuk melakukan dosa.

Sentiasa melakuka kebaikan walaupun kebaikan itu kecil.

Orang yang berilmu akan sentiasa merendah diri.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 137:

وهو السميع العليم
Maksudnya: Dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

AMALAN YANG BERTENTANGAN DENGAN SIFAT AL-ALIM

Belajar secara sambil lewa.
Bersikap takbur dan sombong apabila memiliki ilmu.
Tidak jujur dalam melakukan kebaikan.
Memandang ringan terhdap dosa dan kemungkaran.
Tidak suka memberi sumbangan ilmu dan kemahiran untuk orang lain.